Assalamualaikum W R T......
Terlebih dahulu saya mengucapkaan jutaan terima kasih kepada pengurus blog kita Abg. Acon yang tak serik-serik mengisi ruangan blog ini untuk tatapan semua ahli KUBAS . Dengan adanya blog in kita dapat mengikuti sedikit sebanyak aktiviti yang di jalankan oleh KUBAS sama ada yang telah lepas atau yaang bakal berlaku . Semoga ahli-ahli KUBAS dapat memenafaatkan blog ini dan akan menyebarkan kepada semua ahli KUBAS yang baru dan lama.
Baru-baru ini KUBAS dengan kerjasama Pengakap Kelana P di bawah pimpinan saudara Syafiz yang juga ahli KUBAS , telah mengadakan majlis gotong-royong membersihkan rumah KUBAS. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama ahli pengakap yang sudi membantu bagi menjalaankaan aktiviti tersebut.
Namun apa yang dikesalkan adalah sambutan dari ahli KUBAS sendiri yang menampakkaan kemuraman. Saya faham ada diantara ahli yang tak sempat nak bersama dalam majlis tersebut akibat kesibukan dan ada juga ahli yang dalam persedian menghadapi peperiksaan . namun ada yang datang membantu lebih awal sehari dan ada yang memaklumkan ketidakhadiran, tetapi ramai yang tidak hadir tanpa sebab .
Adakah aktiviti tersebut tidak penting atau mungkin ianya tidak memberi sebarang keuntungan kepada ahli. Saya terpanggil untuk menulis di sini supaya perkara yang sama tak akan terjadi di kehadapan nanti. Adakah ahli KUBAS hanya akan hadir aktiviti yang membolehkan mereka terlibat dalam pementasan teater sahaja atau hanya aktiviti yang menyeronokkan sahaja ?
Terima kasih kapada PAK LANG BAKAR , EINA, ANNE, WAN PAK TAM , PIT BIRD , JAN DRAGON , ASWAD TEH O dan yang lain -lain atas kesungguhan yang ditunjukkan ...
Oh ya! KUBAS dalam persedian untuk mementaskan TEATER bertajuk 'OOII SEMAN' insyaallah kita akan bagitahu bila pemilihan pelakon akan bermula sejurus skrip siap dan dalam tahun 2010 TEATER TANAH BERNANAH akan diangkat sekali lagi untuk persembahan kepada pelajar sekolah luar bandar insyaallah.
Semoga semua kembali muhasabah diri kita.
KITA TAK AKAN JADI HEBAT DENGAN HAANYA BERLAGAK HEBAT.
JUMPA LAGI.......................................
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku kerja weeiii!!!!
ReplyDelete