Saturday, October 31, 2009

LAGI GAMBAR RAPTAI CAMPING





AKTIVITI REKERAS

PADA 18 OKTOBER 2009 JAM 12.30 TGH MLM KAT RESTORAN DJ, ABG MD NOQ BUAT CADANGAN PI "CAMPING"....DAN BEBERAPA ORG TELAH BERSETUJU UTK PI "CAMPING" MUNGKIN KAT GUNUNG JERAI SEBAGAI PERMULAAN...ABG CON,JAN DRAGON DAN WAN PAK TAM TELAH BERSETUJU NAK PI CAMPING...LEPAS PIT "BIRD" PUN NAK JOINT SAMA....SO PADA 25 HB KAMI BUAT RAPTAI CAMPING KAT RUMAH KUBAS....INILAH HASILNYA...








BUKAN GILA....


Aswad Dan Md Noq dalam sesi "bukan Gila cuma pederitaan yang tak tertanggung"
Sesi ini adalah kerana mereka berdua dah letih menghafal dialog.....

"BEGITU BEGINI"






Pementasan untuk Penilaian ke Peringkat Kebangsaan 2010 Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Perlis akan diadakan pada 1 November 2009 di Taman Budaya Negeri Perlis jam 8.30 malam...
Teater yang berjudul "Begitu Begini" karya dan arahan Cikgu Shariff Shaary mengisahkan 2 sahabat yang bercerita tentang kehidupan ... Yang menarik mengenai teater ini hanya 2 watak sahaja yang bermain dari mula sehingga tamat...
Md Noq KUBAS telah di pilih untuk mewakili AKSARA dalam menjaya persembahan tersebut....Turut sama terpilih 4 lagi ahli KUBAS iaitu acon,jan 'dragon",wan "pak tam" dan aswad "tea o"...
Sebahagian gambar sewaktu latihan di Taman Budaya perlis....

Tuesday, October 13, 2009

Mesyuarat Bulanan KUBAS...

Pada 5 hb Oktober 2009 jam 5.30 petang telah berlangsung mesyuarat bulanan KUBAS yang membincangkan isu - isu semasa dan aktiviti akan datang KUBAS....Dalam mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk melantik MAWI sebagai pemangku Setiausaha KUBAS dan Saudara JAN "DRAGON" sebagai pemangku Penolong Setiausaha KUBAS....Turut dilantik adalah Abg CON sebagai Pemangku Bendahari....Tahniah diucapkan kepada mereka..semoga terus memantapkan lagi KUBAS ......

Gambar Sekitar Bangsawan MAHSURI & Kunjungan ke Rumah Ahmad Busu






Ketika berada di Kuala Lumpur produksi Bangsawan MAHSURI telah berkesempatan menziarahi pelakon Ahmad Busu dirumah beliau di Taman Sri Andalas Kelang...

Bangsawan MAHSURI

mawi... make up pelakon...
dilla.....baju biru tu ayu...
pon sebagai DATUK KAMA JAYA
DATUK KAMA JAYA dan PENARI KKJ X-TRA turn

Pada 9 - 11 Oktober 2009 telah berlangsung persembahan bangsawan MAHSURI yang diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.Beberapa ahli KUBAS telah dijemput untuk menjayakan Bangsawan MAHSURI yang diarahkan oleh PAK MORAD...Antara yang terlibat adalah Abg Md.Noq sebagai Pandak Maya (Ayah Mahsuri)....Abg Pon sebagai Datuk Kama Jaya...Kak Nida sebagai MAHURA...Dilla (adik kak nida ) , Ayu dan Lis juga terlibat sebagai org kampung.......Tenaga ahli KUBAS di belakang tabir adalah Mawi yang bertindak sebagai BUSANA & TATA RIAS serta ABG CON yang menjadi kru dan pemandu van untuk produksi ini....
Terima kasih kepada Pejabat Kebudayaan Negeri Kedah yang menjemput kami menimba ilmu di Bangsawan MAHSURI ini...